Monday 14 September 2015

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI



 KONSEP KBAT Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan keupayaan seseorang untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Kejayaan teknologi maklumat kini banyak bergantung kepada kemahiran berfikir aras tinggi seperti kemahiran penyelesian masalah, kemahiran membuat penilaian secara kritis serta kemahiran berfikir secara kreatif.

Oleh itu, pelajar-pelajar perlu dilibatkan dengan aktiviti yang menjurus kepada tahap pemikiran yang lebih tinggi mengikut taksonomi bloom (menganalisis, menilai, mencipta). Keadaan dunia yang sentiasa berubah dan mencabar ini, menuntut para pelajar kita bukan hanya membina kapasiti dari aspek pengetahuan semata-mata tetapi juga membina pemikiran aras tinggi seperti pemikiran sistematik, penyelesaian masalah dan membuat keputusan berdasarkan analisis situasi secara kritis. Elemen Merentas Kurikulum (EMK) yang terdiri dari aspek Teknologi Maklumat & Komunikasi, Kreativiti & Inovatif serta Keusahawanan berperanan penting dalam melahirkan modal insan yang memiliki pemikiran aras tinggi. Pembangunan KBAT adalah amat penting untuk membolehkan pelajar-pelajar membuat anjakan dari pengetahuan serta kemahiran kepada tindakan sebagai rakyat yang bertanggungjawab tanpa mengira peranan dalam masyarakat.

 Maka, kita sebagai bakal guru perlu mendidik pelajar dengan kemahiran berfikir aras tinggi supaya dapat melahirkan masyarakat yang kretif dan inovatif

1 comment: