Thursday 1 October 2015

INTIPATI SURAH AN-NUR

 


 Antara intipati surah An Nur ayat 26 adalah, Allah suruh kita BERUBAH jadi baik dulu. Jangan mengharap pasangan kita baik tetapi diri sendiri tak nak dan MALAS nak berubah jadi baik. Kalau nak pasangan baik, nak tak nak kita mesti jadi baik. Kalau taubat pun malas, baca Quran pun malas, solat pun selalu lewat, pandangan pun tak jaga, ikhtilat pun tak jaga, selalu layan hiburan haram, dan sebagainya, macam mana kita nak dapat pasangan yang baik. Allah tu Maha Adil. Orang lelaki atau perempuan selalu bagi alasan, "Aku sedar aku ni tak baik pun. Tapi aku nak cari pasangan yang baik supaya pasangan aku boleh bimbing aku jadi baik.." Kalau korang nak pasangan korang ubah korang, adakah korang tak pernah terfikir yang pasangan korang pun nakkan korang ubah dia? Mereka pun mengharapkan korang ubah mereka juga. So, kena usaha jadi baik walaupun ramai orang ejek dan perli korang. Pedulikan mereka, jom berubah jadi baik! -- (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (Surah An Nur 24 : 26)

ASK YOURSELF!


Tanya pada diri, bila kali terakhir aku menangis mengenangkan dosa-dosa yang pernah aku lakukan. Tanya pada diri, bila kali terakhir aku seronok mengenangkan nikmatnya beribadah di sepertiga malam.
Tanya pada diri, kenapa aku semakin jauh dari Allah.
Tanya pada diri, kenapa aku tak lagi rindukan Rasulullah.
Tanya pada diri, kenapa aku tak lagi membaca al-Quran, berzikir mengagungkan Allah.
Tanya pada diri, kenapa aku terlalu cintakan dunia.
Tanya pada diri, kenapa aku tak muhasabah semua persoalan ini?
Dah tanya pada diri? Carilah Allah...

KEMBALILAH PADANYA, BUKA HATIMU!


Ramai orang TAK NAK berubah dengan alasan, "Belum dapat hidayah lagi.." "Belum sampai seru lagi.." "Nanti la.. Belum sedia lagi.." Korang nak tahu tak, Allah hampir setiap hari bagi kita hidayah. Hampir setiap hari kawan. Buktinya? Contoh kepada orang yang malas atau tak solat, Allah bagi korang hidayah dengan cara korang DENGAR Azan banyak kali. Azan tu adalah salah satu hidayah yang Allah nak bagi pada korang. Tapi korang tak peduli pun hidayah Allah sedangkan sehari hampir 5 kali korang dengar azan. Lepas tu claim belum dapat hidayah. Contoh kepada yang free hair atau tak tutup aurat. Dalam sehari berapa banyak kali korang nampak perempuan lain yang tutup aurat? Banyak kali. Bahkan kawan baik atau family korang pun tutup aurat. Apa yang korang nampak tu sebenarnya hidayah yang Allah bagi pada korang, supaya korang muhasabah dan mula untuk tutup aurat sempurna. Korang bukan duduk negara kafir yang 100% non Muslim. Tapi korang tak peduli pun hidayah Allah, kemudian "salahkan" Allah sebab kata belum sampai seru lagi. Dan banyak lagi contoh. Kawan-kawan.. Berubah dan bertaubatlah. Kami yakin, walau teruk mana pun korang, jauh dari sudut hati korang tu, korang rindu nak berubah. Korang teringin sangat nak berubah. Korang teringin nak tutup aurat macam kawan korang yang lain. Korang teringin nak solat berjemaah macam kawan korang yang lain. Korang teringin nak jadi baik macam kawan korang yang lain. Sebab apa? Sebab itulah FITRAH manusia. Korang tak boleh tipu diri sendiri. Tak boleh nak nafi. Kalau korang terdetik di hati macam ni, tu pun tanda Allah dah bagi hidayah. Kawan.. Jangan jadi bodoh sombong. Buang ego, dan terimalah hidayah Allah. Terimalah.. Jangan tolak dan abaikan. Korang tak rugi. Serius tak rugi. Iblis dulu kena buang dari Syurga bukan sebab dia jahil, bukan sebab dia tak kenal Allah. Malah dia nampak Allah depan mata. Tapi dia kena buang Syurga dan kena laknat sebab dia EGO dan SOMBONG.

KEPENTINGAN PENGAMBILAN MAKANAN YANG SEIMBANG


Kepentingan Makanan Berkhasiat Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius. “ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ” Sumber dari berita harian Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

 1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal. Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

 2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan. Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.

 3. Mampu mengawal kadar obesiti. Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

 4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan. Kesimpulannya Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.

TIPS-TIPS CARA MAKAN YANG SIHAT


Berikut adalah tips-tips cara makan yg sihat :~
 ->Makan yang terbaik adalah sebelum maghrib ketika matahari masih ada.
 -> Jangan makan terlalu kenyang kerana nisbah makanan dalam perut adalah 1/3 sahaja. Perut perlu menampung 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara.
->Elakkan makan di tengah malam.
-> Jangan makan buah selepas makan. Makan buah sebelum makan kerana dapat membantu penghadaman.
->Makan sewaktu lapar, berhenti sebelum kenyang.
->Di tangan kanan kita mengandungi 18 enzim penghadaman. Jadi makanlah menggunakan tangan.
 ->Minum air suam/air kosong bersih sejam sebelum makan dan sejam selepas makan.Elakkan dr minum air ais supaya perut tidak mudah buncit.
->Makan hanya 1 lauk saja. Jika makan ikan, ikan saja. Jangan campur ikan, daging, ayam dsb.Banyakkan makan sayur dan ulam.
 ->Kuantiti makanan berasaskan haiwan perlu dikurangkan dan di sebaliknya pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan perlu dipertingkatkan. Kacang tanah, biskut, coklat, dan seumpamanya harus dielakkan termasuk seafood,belacan,telur dan segala makanan yg alah dengan resdung.
 ->Minum 2 hingga 2 1/2 liter air bersih setiap hari, iaitu sekali setiap dua jam. Selepas minum, seseorang itu perlu kencing dan ini perlu dilakukan 8 - 10 kali setiap hari. Air yang diminum dan dikeluarkan haruslah dalam nisbah 1:0. Dengan lain perkataan, hampir kesemua air yang diminum mesti dikeluarkan.
 ->Setiap kali selepas makan,amalkan berjalan 100 langkah supaya makanan yg dimakan cepat dihadamkan dan dpt mengelakkan perut buncit.Jangan terus duduk atau terus tidur selepas makan.

CARA RASULAH MENJAGA KESIHATAN DIRI

Cara Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan Diri Ditulis oleh Hasni Ahmad Mansor. DISEDIAKAN OLEH: UNIT HAL EHWAL ISLAM, HOSPITAL SUNGAI BULOH. BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah saw yang perlu kita sebagai umat Islam contohi? Mencontohi Baginda bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita. Bukan bermakna Nabi saw terhindar daripada penyakit, tetapi Baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali sahaja. Rasulullah saw sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas yang berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan. Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpenyakit (maaf). Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:-

 1. Selalu bangun sebelum Subuh. Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara pada waktu subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

 2. Menitikberatkan tatacara menjaga kebersihan. Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. Sabda Baginda yang bermaksud: “Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa, demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

 3. Tidak pernah makan berlebihan. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Salah satu sumber penyakit adalah datangnya dari perut (makanan). Amalan pemakanan yang tidak betul dan berlebihan boleh meningkatkan kadar kolesterol dan boleh memudharatkan tubuh kita. Galakan berpuasa merupakan suatu bentuk terapi yang boleh mengistirehatkan perut disamping menyihatkan tubuh badan kita.

 4. Gemar berjalan kaki. Rasulullah saw berjalan kaki ke masjid, pasar dan mengunjungi rumah-rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan dengan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

 5. Tidak pernah iri hati. Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. Banyakkanlah berdoa: “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

 6. Tidak pemarah. Nasihat Rasulullah ‘JANGAN MARAH’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad sahaja tetapi merangkumi juga kebersihan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring. Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah di hati.

 7. Pemaaf. Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat. Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah saw, Insya-Allah akan dikupas pada masa-masa yang mendatang.

Monday 14 September 2015

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI



 KONSEP KBAT Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan keupayaan seseorang untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Kejayaan teknologi maklumat kini banyak bergantung kepada kemahiran berfikir aras tinggi seperti kemahiran penyelesian masalah, kemahiran membuat penilaian secara kritis serta kemahiran berfikir secara kreatif.

Oleh itu, pelajar-pelajar perlu dilibatkan dengan aktiviti yang menjurus kepada tahap pemikiran yang lebih tinggi mengikut taksonomi bloom (menganalisis, menilai, mencipta). Keadaan dunia yang sentiasa berubah dan mencabar ini, menuntut para pelajar kita bukan hanya membina kapasiti dari aspek pengetahuan semata-mata tetapi juga membina pemikiran aras tinggi seperti pemikiran sistematik, penyelesaian masalah dan membuat keputusan berdasarkan analisis situasi secara kritis. Elemen Merentas Kurikulum (EMK) yang terdiri dari aspek Teknologi Maklumat & Komunikasi, Kreativiti & Inovatif serta Keusahawanan berperanan penting dalam melahirkan modal insan yang memiliki pemikiran aras tinggi. Pembangunan KBAT adalah amat penting untuk membolehkan pelajar-pelajar membuat anjakan dari pengetahuan serta kemahiran kepada tindakan sebagai rakyat yang bertanggungjawab tanpa mengira peranan dalam masyarakat.

 Maka, kita sebagai bakal guru perlu mendidik pelajar dengan kemahiran berfikir aras tinggi supaya dapat melahirkan masyarakat yang kretif dan inovatif

KEMAHIRAN MEMBACA



 Terdapat 4 tahap kemahiran membaca iaitu:

 a)skimming:
Skimming merupakan satu bentuk kemahiran membaca untuk mendapat gambaran keseluruhan atau idea utama dalam sesuatu bahan atau teks bacaan . Misalnya, apabila kita membaca surat khabar, tentunya kita tidak akan membaca perkataan demi perkataan, sebaliknya kita akan melakukan imbasan terhadap petikan yang terdapat dalam surat khabar tersebut. Skimming dilakukan 3 atau 4 kali lebih cepat daripada pembacaan normal. Kebanyakan orang melakukan pembacaan secara skimming apabila mereka mempunyai banyak bahan yang perlu dibaca dalam masa yang terhad. Kemahiran skimming wajar dikuasai pelajar supaya pelajar dapat menjimatkan masa ketika mencari maklumat atau informasi tertentu melalui pembacaan artikel di internet atau bacaan buku rujukan. Skimming amat berguna kepada pelajar terutamanya ketika pelajar ingin mencari informasi melalui internet. Pelajar perlu membuat pembacaan secara skimming untuk melihat sama ada sesuatu bahan tersebut memenuhi keperluan pelajar atau berkaitan dnegan maklumat yang ingin diperoleh oleh pelajar. Ada terdapat beberapa strategi yang boleh dilakukan ketika skimming. Pelajar boleh membaca tajuk, sub-tajuk atau melihat gambar rajah atau carta. Pelajar boleh membaca perenggan pendahuluan dan penutup seuatu teks. Selain itu, baca juga hanya ayat pertama setiap perenggan. Biasanya ayat pertama ini memberi idea utama yang ingin disampaikan oleh penulis. Cara bacaan ini adalah lebih sesuai sekiranya pelajar ingin mencari maklumat tertentu bukannya untuk pemahaman teks. Paling sesuai sekiranya pelajar ingin mengetahui tentang sesuatu tarikh, nama, tempat dan maklumat-maklumat yang spesifik seperti data atau fakta ringkas. Malah skimming boleh digunakan untuk melihat graf, jadual atau carta.

 b. Scanning :
Scanning atau imbasan ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan informasi yang lebih terperinci daripada bacaan skimming. Biasanya, melalui kemahiran membaca secara scanning pelajar mampu mencari jawapan kepada pelbagai persoalan yang timbul dalam sesuatu topik pelajaran. Dalam erti kata lain, dalam kebanyakan situasi, pelajar tahu perkara yang ingin dicari. Lantaran itu, fokus pembacaan ialah mencari kata-kata kunci yang tertentu dalam mencari jawapan tersebut. Membaca secara imbasan melibatkan tindakan menggerakkan anak mata dengan cepat untuk mencari perkataan khusus atau frasa-frasa tertentu. Sebenarnya, pembacaan secara scanning atau imbasan ini merupakan satu kaedah cepat untuk mendapatkan fakta tertentu dalam buku teks atau buku rujukan. Scanning juga merupakan satu langkah awal bacaan kerana melalui cara ini, pelajar boleh mengetahui istilah-istilah baru dan seterusnya mencari maknanya dalam kamus atau glossari dan menjimatkan masa ketika membuat pembacaan sebenar atau bacaan berat untuk pemahaman. Menguasai kemahiran membaca secara scanning melibatkan masa yang tidak lebih daripada beberapa minit. Hal ini membantu pelajar menjimatkan masa dan dalam masa yang sama mendapat jawapan kepada persoalan-persoalan yang berkaitan. Hanya selepas itu, pelajar boleh membuat keputusan dalam menentukan tahap kepentingan sesuatu istilah, konsep dan bahagian dalam teks atau buku teks mahupun buku rujukan yang memerlukan perhatian khusus ketika pelajar membuat ulang kaji atau membaca untuk belajar

 c. Baca Laju :
Kemahiran bacaan laju merupakan kemahiran membaca secara cepat tetapi dalam masa yang sama memahami bahan yang dibaca. Dalam bacaan laju, tumpuan utama kepda idea utama atau isi-isi penting dalam sesuatu bahan bacaan. Penguasaan kemahiran bacaan laju banyak membantu pelajar menggunakan masa yang terhad secara optimum. Hal ini disebabkan oleh pemerolehan maklumat atau fakta yang diperlukan oleh pelajar dapat dilakukan dalam masa yang singkat dan dengan kadar yang cepat.

 d. Bacaan berat atau bacaan intensif:
Bacaan berat atau bacaan intensif ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan informasi secara terperinci. Bacaan intensif memerlukan fokus yang mendalam dan penelitian terhadap bahan atau teks yang dibaca. Dalam menguasai kemahiran membaca intensif ini , pelajar perlu memiliki ketekunan dalam pembacaan yang tinggi. Pelajar juga perlu memperuntukan masa yang panjang untuk melakukan bacaan berat kerana bacaan berat melibatkan masa yang lebih lama supaya pelajar boleh mendapat maklumat dan memahami teks atau bahan bacaan secara jitu dan mantap.

Monday 31 August 2015

BICARA OTAK & SYUKUR


Seorang pelajar harus menitikberatkan penjagaan otak yang sihat


           Usaha itu tangga kejayaan



Selain itu, ramai pelajar yang berasakan bahawa kejayaan mereka dalam peperiksaan ialah berdasarkan 100% terhadap usaha mereka. Pelajar harus sedar bahawa tanpa doa orang sekeliling  seperti ibu bapa, rakan dan guru merupakan salah satu asbab mereka berjaya. Paling penting sekali, pelajar perlu ingat bahawa kejayaan mereka ialah anugerah dan pemberian daripada Allah. BERSYUKURLAH!!! Maka, nikmat manakah yang kamu dustakan. Bukankah Allah telah berfirman bahawa "jika kamu bersyukur, nescaya akan Aku tambah". Semoga pelajar  sedar bahawa kerajaan mereka bukanlah atas usaha mereka semata-mata.